Salam Sejatera....
okay kali ini entry aku sepatutnya dah update tetapi disebabkan kekangan waktulah yang menyebabkan kelewatan untuk aku mengisi kekosongan yang ada diblog aku kali ini..maka lambatlah aku mengupdatenya.. okay entry kali nih aku nak cerita serba sedikit pengalaman pendakian bukit broga yang sungguh indah, cantik, permai dan damai.
Pengalaman ini aku abadikan sempena menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke 21.. huhuhu.. pada 3 hb February . aku berjaya menawan puncak Bukit Broga pada 4hb Februari .. bukit? hah bukit? bukit jer? bunyi cam tak tinggi kan sebab bersandarkan atas nama bukit.. tetapi nak mendakinya memang satu penyiksaan. huhuh..
sebelum itu aku nak cerita serba sedikit latar belakang mengenai bukit broga ni. bukit ini ada tiga stage atau puncak.. ketinggiannya 400meter persamaan ketinggian KLCC dan bukit tersebut terletak di semenyih (diantara selangor dan negeri sembilan ) hah macam mana tinggi tak? tinggi kan.. maka sesiapa yang berjaya mendaki maka dia adalah
JAGUH YANG HEBAT!!!
Mula penceritaan dengan permulaan pendakian sekitar jam 7 pagi.. memang waktu terbaik la kan untuk kita menikmati keindahan matahari terbit diwaktu pagi. aku meneruskan pendakian walaupun aku tidak larat tetapi aku tetap tekad untuk sampai ke puncak kejayaan tetapi sayangnya matahari pada hari itu merajuk kerana aku lambat sampai dan kemunculan matahari tersebut tidak seperti yang aku harapkan... aku telah melewati liku-liku pendakian yang mencabar lalu aku masih boleh dinikmati sesuatu yang indah belaka dimuka bumi ini.. mmg cantik pemandangan atas bukit broga.. dengan desiran angin yang seakan-akan menyerupai sungai, udara yang sangat nyaman dan matahari bagaikan saljiiii... sungguh indah ciptaan Nya .ini adalah pengalaman pertama aku menjejakkan kaki di Bukit Broga mungkin tidak mustahil selepas ini aku akan menjejakkan kaki aku dibukit broga buat kali kedua dan seterusnya. begitulah kehendakku dan kehendaknya.
ermmm... sebenarnya aku agak sedih dan terkilan sebab aku tidak dapat mengabadikan kenangan dengan handphone C901 kesayangan aku hal ini demikian kerana kamera phone aku mengalami kecelakaan dan mengakibatkan kameranya tidak berfungsi tetapi nasib masih menyebelahi aku dan the gang, kami dapat mengimport photografer terkenal didunia dan datang menyelamatkan kami dengan mengabadikan kenangan kami di Bukit Broga.Terima Kasih kepada Wafiy dan Tera kerana sanggup bersusah payah demi kami semua.. (ayat perapu)
maka dengan hasil demikian terhasillah photo kenangan di BUKIT BROGA yang tersegam indah.. sekian jumpa lagi.. tunggu entry akan dtg..
geng-geng PRO KOS
HERO-HERO malaya ka?
Pemandangan yg cantik tuh
Berselindung disebalik LALANG






0 comments:
Post a Comment