BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 6, 2012

:: CARA NAK TAMBAT HATI WANITA ::


Salam Sejahtera sahabat-sahabat sekalian.. entry aku kali ini agak berbeza dan khas untuk lelaki-lelaki diluar sana yang masih solo seperti aku.. aku memperolehi emel dari seseorang yang berkongsikan tentang tip-tip atau cara-cara memikat hati wanita idaman.. nak diikutkan aku nih bukan la pandai sangat berfalsafah.. tapi sudah mempunyai ilmu maka kita kongsikanlah pada sahabat-sahabatku yang lain.

Hayatilah dan praktikanlah yer..

Memikat hati wanita yang diminati bukan mudah sebenarnya. Ramai yang berdepan dengan perasaan takut dan malu. Tapi mulai hari ini singkirkan perasaan tersebut.  Gunakan tip-tips berikut untuk menawan hati si dia.

Menerima Seadanya
Mendekati wanita yang anda sukai adalah  suatu cabaran. Apabila anda mahu memiliki  wanita idaman, anda perlu berlaku jujur  kepada diri sendiri. Jangan sesekali menonjolkan  sifat yang bukan menjadi kebiasaan anda.

Jangan Membuat Penilaian Awal
Inilah kunci utama dalam sebuah perhubungan.  Antara lelaki dan wanita ada perbezaannya.  Ramai lelaki yang mengimpikan memilih wanita  muda sebagai pasangan hidup tetapi hakikatnya  ianya bukan  perkara mudah.
Hormatilah karekter, sikap dan sebagainya. Yang penting, terimalah si dia seadanya.

Berikan Dirinya Ruang
Biarkan dia memasuki hati dia seluas-luasnya. Jangan sempitkan pemikiran terutama sekali kalau anda pernah kecewa sebelum ini dalam percintaan.

Bertindak Seadilnya
Apabila anda mula menyukai seseorang,  biarkan dia mengenali siapa diri anda. Biar  dia kenali minat anda, kawan, keluarga, hobi  dan impian anda agar dia dapat mengenal anda dengan lebih rapat.
Pastikan anda menjawab setiap pertanyaannya dengan jujur.  Barulah perkenalan anda itu menjadi lebih terbuka.

Sebuah Senyuman
Melalui sebuah senyuman, anda mungkin akan memiliki apa yang anda inginkan.  Inilah penangan sebuah senyuman. Senyuman tidak memerlukan sebarang bayaran pun.
Anda hanya perlu melemparkan senyuman yang ikhlas termasuklah ketika mahu mengenalinya atau pun ketika bertemu dengan kawan-kawannya serta ahli keluarganya.


adakah isteri hanya untuk di melayan karenah si suami?
menjadikan mereka hamba abdi?
TIDAK SAMA SEKALI
isteri haruslah diKASIHi dan diSAYANGi


Jadilah Sebaik Mungkin
Memiliki wanita idaman anda mungkin memerlukan  anda berdepan dengan persaingan. Ia mungkin datang dari kawan-kawan anda, orang disekeliling dan sebagainya. Jadi jikalau anda ingin memenangi hatinya, jadilah diri anda yang sebaiknya.
Pastikan gaya dan penampilan anda berbeza dari orang lain. Tapi awas, jangan berlebihan kerana anda akan nampak lebih buruk dimatanya berbanding orang lain.

Berusaha Gigih Untuk Memiliki
Kata pepatah ada menyebut, “yang bulat tak akan  datang bergolek, yang pipih tidak akan datang  melayang”. Jadi anda perlu berusaha dan terus berusaha. Jangan sesekali mudah putus asa, sebaliknya berusaha untuk memilikinya.
Tidak cukup sekadar berkirim salam sahaja,  sebaliknya berbuatlah sesuatu untuk menarik  perhatiannya. Berusaha bukan bermakna anda  perlu mengamalkan taktik kotor dengan berbomoh  atau sebagainya, tetapi biar ia kena dengan IQ  dan EQ anda.

Jangan Keterlaluan
Apabila anda berusaha memiliki seseorang  yang anda sukai, jangan terlalu berlebihan.  Sikap ini boleh menyebabkan si dia rimas dan  meluat. Oleh itu bersederhanalah dalam tindakan  anda.

Kenali Dirinya
Apabila anda mula menyukai seseorang gadis,  kaji diri mereka seadanya.  Pastikan anda mengetahui apa yang mereka sukai, minat dan  sebagainya.
Kalau anda berjaya menjadi seorang peneka yang tepat, anda mungkin akan menjadi lelaki idamannya kerana mengetahui semua minatnya.

Jangan Terlalu Peramah
Ramai lelaki bertanya, mengapa wanita begitu  rapat dengan kawan-kawan mereka? Untuk makluman,  wanita makhluk yang mempunyai sifat penyayang  yang cukup tinggi. Mereka juga prihatin malah  begitu mengambil berat.
Jadi kalau anda cuba mendekati seorang wanita, jangan menjadi terlalu peramah atau jangan terlalu ingin mengambil tahu segalanya.


WANITA adalah pelengkap kepada LELAKI, maka sayangilah mereka seadanya..

Sekian.. terima kasih kerana sudi melawat blog yang tak seperapa ini. nantikan entry akan datang cara memikat hati si jejaka tampan seperti saya <opsss perasan sudah> gurau jerk.. thanks lagi sekali kerana meluangkan masa membaca entry kali ini 



Sumber : Azlan

Thursday, March 1, 2012

:: KAW-KAW BURGER BAKAR ::

Assalamualaikum. dan salam sejahtera..
agak lama juga aku tidak update blog ni kan mengikut title kali nih pon kita sudah tahu apa isi kandungan yang akan aku ceritakan .. betul tak?

Pada hari ini aq dan juga staf-staf dan partner-partner staf tempat aku membuat latihan industri telah berkunjung di gerai Kaw-Kaw Burger Bakar. nak diceritakan burger bakar tuh mmg MAHAL tp jika nak dibandingkan dengan rasa memang berbaloi-baloi. sedap sehingga menjilat jari kaki tu..

Perancangan untuk makan burger makan ni memang telah dirancang lebih awal sebab menunggu saat-saat kemasukan gaji la katakan.. bak kata orang " no money n talk " sekarang bila dah ada duit apa lagi kita serbu la gerai tu kan.. walaupon gerai tersebut hanya berada ditepi jalan tetapi rasa burger tersebut memang setaraf sukar digambarkan.

Cuba anda bayangkan gerai tersebuk mula beroperasi sekitar jam 8 malam tetapi penggemar burger bakar tehah berpusu-pusu beratur menunggu gerai tersebut beroperasi. Acap salah seorang staf Pro Kos telah beratur pada jam 7 petang dan mendapat angka giliran ke 25 cuba anda semua bayangkan apabila kita datang lambat dan beratur selepas gerai tersebut dibuka... alamatnya mmg kebuluran la ditepi jalan yang penuh sesak tu.... terima kasih Acap kerana telah bersusah payah menunggu gilaran untuk kita menjamu selera pada malam ini.

berkaitan dengan harga pula 1 set dibekalkan dengan burger bakar + 2 ketul hot dog + secawan air = Rm10. nilai tersebut jika nak dibndingkan memang mahal la kan tetapi jika nak dibandingkan dengan rasa memang berbaloi la kan seperti yang telah dinyataan diatas. aku makan burger bakar KAWEN.( Daging bakar dan juga ayam) rasa memang sedap dan aku rasa sungguh berbaloi menikmati juadah malam ini. total kesemuanya berjumlah RM100 menunya Burger Bakar Kawen (aku) , Burger Bakar Triple Cheese (are-Zul), Burger Bakar Ayam (Acap), Burger Cheese 4 ( Kak Na, Kak Jan, Kak Zana ngan Husband Kak Na ) dan Burger Bakar Biasa 2 (Danial aka Hafiz aka Tahfiz n WE dengan Ies Anak Kak Na)

Kami semua makan dengan riang dan gembiranya.


Mmg lazat....



Kalau ada niat nak cuba tapi tak tahu boleh lihat peta diatas ok?

Sumber gambar dari laman sesawang..