BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 6, 2012

:: CARA NAK TAMBAT HATI WANITA ::


Salam Sejahtera sahabat-sahabat sekalian.. entry aku kali ini agak berbeza dan khas untuk lelaki-lelaki diluar sana yang masih solo seperti aku.. aku memperolehi emel dari seseorang yang berkongsikan tentang tip-tip atau cara-cara memikat hati wanita idaman.. nak diikutkan aku nih bukan la pandai sangat berfalsafah.. tapi sudah mempunyai ilmu maka kita kongsikanlah pada sahabat-sahabatku yang lain.

Hayatilah dan praktikanlah yer..

Memikat hati wanita yang diminati bukan mudah sebenarnya. Ramai yang berdepan dengan perasaan takut dan malu. Tapi mulai hari ini singkirkan perasaan tersebut.  Gunakan tip-tips berikut untuk menawan hati si dia.

Menerima Seadanya
Mendekati wanita yang anda sukai adalah  suatu cabaran. Apabila anda mahu memiliki  wanita idaman, anda perlu berlaku jujur  kepada diri sendiri. Jangan sesekali menonjolkan  sifat yang bukan menjadi kebiasaan anda.

Jangan Membuat Penilaian Awal
Inilah kunci utama dalam sebuah perhubungan.  Antara lelaki dan wanita ada perbezaannya.  Ramai lelaki yang mengimpikan memilih wanita  muda sebagai pasangan hidup tetapi hakikatnya  ianya bukan  perkara mudah.
Hormatilah karekter, sikap dan sebagainya. Yang penting, terimalah si dia seadanya.

Berikan Dirinya Ruang
Biarkan dia memasuki hati dia seluas-luasnya. Jangan sempitkan pemikiran terutama sekali kalau anda pernah kecewa sebelum ini dalam percintaan.

Bertindak Seadilnya
Apabila anda mula menyukai seseorang,  biarkan dia mengenali siapa diri anda. Biar  dia kenali minat anda, kawan, keluarga, hobi  dan impian anda agar dia dapat mengenal anda dengan lebih rapat.
Pastikan anda menjawab setiap pertanyaannya dengan jujur.  Barulah perkenalan anda itu menjadi lebih terbuka.

Sebuah Senyuman
Melalui sebuah senyuman, anda mungkin akan memiliki apa yang anda inginkan.  Inilah penangan sebuah senyuman. Senyuman tidak memerlukan sebarang bayaran pun.
Anda hanya perlu melemparkan senyuman yang ikhlas termasuklah ketika mahu mengenalinya atau pun ketika bertemu dengan kawan-kawannya serta ahli keluarganya.


adakah isteri hanya untuk di melayan karenah si suami?
menjadikan mereka hamba abdi?
TIDAK SAMA SEKALI
isteri haruslah diKASIHi dan diSAYANGi


Jadilah Sebaik Mungkin
Memiliki wanita idaman anda mungkin memerlukan  anda berdepan dengan persaingan. Ia mungkin datang dari kawan-kawan anda, orang disekeliling dan sebagainya. Jadi jikalau anda ingin memenangi hatinya, jadilah diri anda yang sebaiknya.
Pastikan gaya dan penampilan anda berbeza dari orang lain. Tapi awas, jangan berlebihan kerana anda akan nampak lebih buruk dimatanya berbanding orang lain.

Berusaha Gigih Untuk Memiliki
Kata pepatah ada menyebut, “yang bulat tak akan  datang bergolek, yang pipih tidak akan datang  melayang”. Jadi anda perlu berusaha dan terus berusaha. Jangan sesekali mudah putus asa, sebaliknya berusaha untuk memilikinya.
Tidak cukup sekadar berkirim salam sahaja,  sebaliknya berbuatlah sesuatu untuk menarik  perhatiannya. Berusaha bukan bermakna anda  perlu mengamalkan taktik kotor dengan berbomoh  atau sebagainya, tetapi biar ia kena dengan IQ  dan EQ anda.

Jangan Keterlaluan
Apabila anda berusaha memiliki seseorang  yang anda sukai, jangan terlalu berlebihan.  Sikap ini boleh menyebabkan si dia rimas dan  meluat. Oleh itu bersederhanalah dalam tindakan  anda.

Kenali Dirinya
Apabila anda mula menyukai seseorang gadis,  kaji diri mereka seadanya.  Pastikan anda mengetahui apa yang mereka sukai, minat dan  sebagainya.
Kalau anda berjaya menjadi seorang peneka yang tepat, anda mungkin akan menjadi lelaki idamannya kerana mengetahui semua minatnya.

Jangan Terlalu Peramah
Ramai lelaki bertanya, mengapa wanita begitu  rapat dengan kawan-kawan mereka? Untuk makluman,  wanita makhluk yang mempunyai sifat penyayang  yang cukup tinggi. Mereka juga prihatin malah  begitu mengambil berat.
Jadi kalau anda cuba mendekati seorang wanita, jangan menjadi terlalu peramah atau jangan terlalu ingin mengambil tahu segalanya.


WANITA adalah pelengkap kepada LELAKI, maka sayangilah mereka seadanya..

Sekian.. terima kasih kerana sudi melawat blog yang tak seperapa ini. nantikan entry akan datang cara memikat hati si jejaka tampan seperti saya <opsss perasan sudah> gurau jerk.. thanks lagi sekali kerana meluangkan masa membaca entry kali ini 



Sumber : Azlan

Thursday, March 1, 2012

:: KAW-KAW BURGER BAKAR ::

Assalamualaikum. dan salam sejahtera..
agak lama juga aku tidak update blog ni kan mengikut title kali nih pon kita sudah tahu apa isi kandungan yang akan aku ceritakan .. betul tak?

Pada hari ini aq dan juga staf-staf dan partner-partner staf tempat aku membuat latihan industri telah berkunjung di gerai Kaw-Kaw Burger Bakar. nak diceritakan burger bakar tuh mmg MAHAL tp jika nak dibandingkan dengan rasa memang berbaloi-baloi. sedap sehingga menjilat jari kaki tu..

Perancangan untuk makan burger makan ni memang telah dirancang lebih awal sebab menunggu saat-saat kemasukan gaji la katakan.. bak kata orang " no money n talk " sekarang bila dah ada duit apa lagi kita serbu la gerai tu kan.. walaupon gerai tersebut hanya berada ditepi jalan tetapi rasa burger tersebut memang setaraf sukar digambarkan.

Cuba anda bayangkan gerai tersebuk mula beroperasi sekitar jam 8 malam tetapi penggemar burger bakar tehah berpusu-pusu beratur menunggu gerai tersebut beroperasi. Acap salah seorang staf Pro Kos telah beratur pada jam 7 petang dan mendapat angka giliran ke 25 cuba anda semua bayangkan apabila kita datang lambat dan beratur selepas gerai tersebut dibuka... alamatnya mmg kebuluran la ditepi jalan yang penuh sesak tu.... terima kasih Acap kerana telah bersusah payah menunggu gilaran untuk kita menjamu selera pada malam ini.

berkaitan dengan harga pula 1 set dibekalkan dengan burger bakar + 2 ketul hot dog + secawan air = Rm10. nilai tersebut jika nak dibndingkan memang mahal la kan tetapi jika nak dibandingkan dengan rasa memang berbaloi la kan seperti yang telah dinyataan diatas. aku makan burger bakar KAWEN.( Daging bakar dan juga ayam) rasa memang sedap dan aku rasa sungguh berbaloi menikmati juadah malam ini. total kesemuanya berjumlah RM100 menunya Burger Bakar Kawen (aku) , Burger Bakar Triple Cheese (are-Zul), Burger Bakar Ayam (Acap), Burger Cheese 4 ( Kak Na, Kak Jan, Kak Zana ngan Husband Kak Na ) dan Burger Bakar Biasa 2 (Danial aka Hafiz aka Tahfiz n WE dengan Ies Anak Kak Na)

Kami semua makan dengan riang dan gembiranya.


Mmg lazat....



Kalau ada niat nak cuba tapi tak tahu boleh lihat peta diatas ok?

Sumber gambar dari laman sesawang..

Thursday, February 9, 2012

:: PENDAKIAN BUKIT BROGA ::


Salam Sejatera....
okay kali ini entry aku sepatutnya dah update tetapi disebabkan kekangan waktulah yang menyebabkan kelewatan untuk aku mengisi kekosongan yang ada diblog aku kali ini..maka lambatlah aku mengupdatenya.. okay entry kali nih aku nak cerita serba sedikit pengalaman pendakian bukit broga yang sungguh indah, cantik, permai dan damai.





okay aku kali ni buat pertama-tama kalinya aq hang-out atau lebih mesra dengan panggilan melepak, meroyan, mencapap dan lain-lain...  dengan mereka-mereka yang gila otak, gila bayang, gila meroyan dan sewaktu dengannya iaitu budak-budak pejabat aku dan budak-budak praktikal pejabat aku ( diorang ni dah lepas ) aq jerk still berpraktikal.. hehehe..almaklum laa masuk lambat berpraktikal pon lambat ermmm kalau nak lebih mengenali mereka silalah cari kat laman sesawang facebook .. Wan Mohd Asyraf, Zul , Syami, Khairul, Wafiy, Wafiy 2 ( Syafiq < adex si Wafiy> ) dan ada lagi 2 @ 3 org..


Pengalaman ini aku abadikan sempena menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke 21.. huhuhu.. pada 3 hb February . aku berjaya menawan puncak Bukit Broga pada 4hb Februari .. bukit? hah bukit? bukit jer? bunyi cam tak tinggi kan sebab bersandarkan atas nama bukit.. tetapi nak mendakinya memang satu penyiksaan. huhuh..
sebelum itu aku nak cerita serba sedikit latar belakang mengenai bukit broga ni. bukit ini ada tiga stage atau puncak.. ketinggiannya 400meter persamaan ketinggian KLCC dan bukit tersebut terletak di semenyih (diantara selangor dan negeri sembilan ) hah macam mana tinggi tak? tinggi kan.. maka sesiapa yang berjaya mendaki maka dia adalah
JAGUH YANG HEBAT!!!

Mula penceritaan dengan permulaan pendakian sekitar jam 7 pagi.. memang waktu terbaik la kan untuk kita menikmati keindahan matahari terbit diwaktu pagi. aku meneruskan pendakian walaupun aku tidak larat tetapi aku tetap tekad untuk sampai ke puncak kejayaan tetapi sayangnya matahari pada hari itu merajuk kerana aku lambat sampai dan kemunculan matahari tersebut tidak seperti yang aku harapkan... aku telah melewati liku-liku pendakian yang mencabar lalu aku masih boleh dinikmati sesuatu yang indah belaka dimuka bumi ini.. mmg cantik pemandangan atas bukit broga.. dengan desiran angin yang seakan-akan menyerupai sungai, udara yang sangat nyaman dan matahari bagaikan saljiiii...  sungguh indah ciptaan Nya .ini adalah pengalaman pertama aku menjejakkan kaki di Bukit Broga mungkin tidak mustahil selepas ini aku akan menjejakkan kaki aku dibukit broga buat kali kedua dan seterusnya. begitulah kehendakku dan kehendaknya.


ermmm... sebenarnya aku agak sedih dan terkilan sebab aku tidak dapat mengabadikan kenangan dengan handphone C901 kesayangan aku hal ini demikian kerana kamera phone aku mengalami kecelakaan dan mengakibatkan kameranya tidak berfungsi tetapi nasib masih menyebelahi aku dan the gang, kami dapat mengimport photografer terkenal didunia dan datang menyelamatkan kami dengan mengabadikan kenangan kami di Bukit Broga.Terima  Kasih kepada Wafiy dan Tera kerana sanggup bersusah payah demi kami semua.. (ayat perapu)

maka dengan hasil demikian terhasillah photo kenangan di BUKIT BROGA yang tersegam indah.. sekian jumpa lagi.. tunggu entry akan dtg..



geng-geng PRO KOS


HERO-HERO malaya ka?


Pemandangan yg cantik tuh


Berselindung disebalik LALANG

Monday, January 9, 2012

:: LATIHAN INDUSTRI ::


Bunyi title pon semua orang dah tau apa yang hendak aku sampaikan. dah semstinya tentang Latihan Industri atau lebih dikenali sebagai Praktikal.

Sunday, January 1, 2012

:: AKU HANYA INSAN BIASA ::

Count Allah Azzawajal's Blessings


If you have food in the refrigerator, clothes on your back, a roof overhead
and a place to sleep ... you are richer than 75% of this world.

If you have money in the bank, in your wallet, and spare change in a dish
someplace ... you are among the top 8% of the world's wealthy.

If you woke up this morning with more health than illness ... you are more
Blessed than the million who will not survive this week.

If you have never experienced the danger of battle, the loneliness of
imprisonment, the agony of torture, or the pangs of starvation...you are
ahead of 500 million people in the world.

If you can pray in a Mosque without fear of harassment, arrest, torture, or
death ... you are more blessed than three billion people in the world.

If your parents are still alive and still married ... you are very rare.

If you hold up your head with a smile on your face and are Truly
Thankful... you are Blessed because the majority can, but most do not.

If you can read this message, you just received a double Blessing in that
someone was thinking of you, and furthermore, you are more Blessed than
over two billion people in the world who cannot read this message at all.

Have a good day, count your Blessings to Thank ALLAH Azzawajal, and pass this along to remind everyone else how Blessed we all are. Alhumdulillah!

Indeed, His Creations are The Best, as He Is The Best of all Creators.